Hati.........

Assalamualaikum w.b.t..


Saya dalam perjalanan pulang kerumah selepas menghantar rakan saya di Ampang. Jam menunjukkan pukul 5 petang, pada waktu ini adalah waktu kemuncak bagi pekerja-pekerja pulang. Jalan di Ampang memang jem..huhu..




Sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau saya pun mencari siaran radio..Terbuka hati saya mendengar satu segmen bersama Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah tentang hati. Beliau menerangkan bahawa segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Beliau juga ada memberi beberapa cara untuk mencuci hati.



1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" ataupun "Ya Allah cucikanlah hatiku seperti Kau mencuci hati Rasulullah"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak menjadi tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan apa kesalahan yang dilakukan.

6) Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhah

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.


itu sahaja yang saya dapat menulis disini, diharap dapat lagi saya menambah pada masa-masa akan datang..

diharap rakan2 mendapat input ini...huhu

.

w'salam

3 comments:

  1. salam..wah~ da ade blog..bagos2..isi yg menarik..keep it up ya!

    ReplyDelete
  2. Tipu... Mane ade org amik nota mase dgr radio. Cam kopi n paste je..
    Hak3

    ReplyDelete