wanginyeee.....


assalamualaikum...

Saya pada cuti semester ini secara tidak disangka-sangka telah menjadi seorang salesmen haha. salesmen ape!!( Haa itu kite x tau ) Saya menjual produk perfume paradise....


Perfume Paradise adalah merupakan produk pati minyak wangi yang diinspirasikan dari pelbagai jenama terkenal.Ianya diasaskan oleh Pengasas Qaseira Marketing dan menjadi salah satu produk pati minyak wangi yang semakin laris jualannya di Malaysia. Ia dihasilkan dari bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi. Ini menjadikan haruman pati minyak wangi Perfume Paradise kekal lebih lama dan mempesonakan. Perfume Paradise didatangkan dalam 7 set berbeza untuk pilihan anda.4 set untuk wanita dan 3 set untuk lelaki. Setiap set mengandungi 6 botol haruman yang berbeza. Dengan botol-botol yang mempunyai "roller", Perfume Paradise lebih mudah digunakan dan tidak mudah tumpah. Setiap botol berkuantiti 3ml dan boleh digunakan lebih kurang 120 kali.

set untuk wanita

SET DIAMOND




Diinspirasikan dari haruman :

1. Escape oleh Calvin Klein
2. Pleasure oleh Estee Lauder
3. Baby Doll oleh Yves Saint Lauren
4. Cool Water for Women oleh Davidoff
5. Rush oleh Gucci
6. No 5 oleh Chanel



SET SAPPHIRE




Diinspirasikan dari haruman :

1. Sunflower oleh Elizabeth Arden
2. J’adorey oleh Dior
3. CK Be oleh Calvin Klein
4. Women Boss oleh Hugo Boss
5. Poeme oleh Lancome
6. Coco Mademaoiselle oleh Chanel



SET EMERALD




Diinspirasikan dari haruman :

1. Burberry oleh Burberry
2. Contradiction oleh Calvin Klein
3. Fantasy oleh Britney Spears
4. Just Me oleh Paris Hilton
5. Apple Blossom oleh Body Shop
6. BLV Women oleh Bvlgari



SET RUBY



Diinspirasikan dari haruman :

1. White Musk oleh Body Shop
2. Be Delicious oleh DKNY
3. Touch of Pink oleh Lacoste
4. 212 Carolina Harrera oleh Carolina Harerra
5. Tommy Girl oleh Tommy Hilfiger
6. Pacific Paradise oleh Escada


set untuk lelaki

SET GOLD


Diinspirasikan dari haruman :


1. Blue Jeans oleh Gianni Versace
2. CK One oleh Calvin Klein
3. Polo Sport oleh Ralph Lauren
4. Hugo Men oleh Hugo Boss
5. Tuscany per Uomo oleh Aramis
6. Allure Pour Homme oleh Chanel



SET SILVER




Diinspirasikan dari haruman :

1. Tommy Boy oleh Tommy Hilfiger
2. Desire oleh Dunhill
3. Instinct Oleh David Beckham
4. Valentino oleh Valentino
5. Polo Black oleh Ralph Lauren
6. Boss in Motion oleh Hugo Boss



SET PLATINUM




Diinspirasikan dari haruman :

1. Desire Blue oleh Dunhill
2. Acqua Di Gio oleh Giorgio Armani
3. Ultra Violet oleh Paco Rabbane
4. Style in Play oleh Lacoste
5. Starwalker oleh Mount Blanc
6. Energise oleh Hugo Boss


Sekiranya anda berminat dengan hanya salah satu daripada set haruman diatas, disini ada juga menyediakan dengan botol 8 ml.Dengan botol yang elegan di sekalikan dengan kotak yang menawan, anda pasti berpuashati memilikinya.




Satu set berharga rm32 sem dan rm35 sbh/srwk
satu botol berharga rm 20/18
Sekiranya anda berminat dengan salah satu produk di atas, anda boleh email kepada saya di alam_manutd@yahoo.com

sekian...

Hati.........

Assalamualaikum w.b.t..


Saya dalam perjalanan pulang kerumah selepas menghantar rakan saya di Ampang. Jam menunjukkan pukul 5 petang, pada waktu ini adalah waktu kemuncak bagi pekerja-pekerja pulang. Jalan di Ampang memang jem..huhu..




Sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau saya pun mencari siaran radio..Terbuka hati saya mendengar satu segmen bersama Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah tentang hati. Beliau menerangkan bahawa segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Beliau juga ada memberi beberapa cara untuk mencuci hati.



1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" ataupun "Ya Allah cucikanlah hatiku seperti Kau mencuci hati Rasulullah"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak menjadi tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan apa kesalahan yang dilakukan.

6) Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhah

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.


itu sahaja yang saya dapat menulis disini, diharap dapat lagi saya menambah pada masa-masa akan datang..

diharap rakan2 mendapat input ini...huhu

.

w'salam